BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slide

song

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com

videoku

Friday, February 26, 2010

Iluminati-dimanakah perasaan kita

Illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan. Rumit bukan untuk memahami apakah itu sebenarnya illuminati? Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia. Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi yang mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan illuminati Bavarian.Kadangkala illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemansory.

Perkataan illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati. Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang professor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme. Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemasonry telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemasonry.


Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi. Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran delam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme).

Menurut perncangan tersebut, agentur-agentur Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:

* Gunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk mengusai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keajaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

* Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agentur dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebaga pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

* Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berperlembagaan.
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka (hak tanah).
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.
4. Menghapuskan semangat nasionalisme (cintai warisan dan tanah air).
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

0 comments: